Saturday 14 February 2015

POST PERTAMAKU!

Alhamdulillah..
Akhirnya tercapai juga hasrat di hati untuk memulakan sebuah blog yang InshaAllah mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Minggu ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita berbeza rasa.
1. Keputusan kes perbicaraan Anwar Ibrahim
2. Pemergian Datuk Hj Hasbullah Awang
3. Hilangnya seorang Ulama' iaitu Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya pasti sahabat-sahabat yang membaca blog ini sudah mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga peristiwa ini kan. Jadi, saya tidak akan mengulas lagi tentang perkara ini. Saya cuma ingin membawa sahabat-sahabat untuk berfikir disebaliknya.

1. Keputusan kes perbicaraan Anwar Ibrahim
Ramai telah mengetahui tentang keputusan kes ini. Saya ingin membawa sahabat-sahabat kepada satu konsep iaitu S Y U K U R. Pelik kan, macam mana isu Anwar Ibrahim boleh jadi macam ni pulak..?
Biar saya jelaskan. Selalu terdetik di hati kita, "bagusnya kalau aku jadi seperti sipulan bin sipulan kan..? Ada banyak duit.. Ada kereta besar.. Selalu post gambar pergi melancong overseas.."

Tetapi sedarkah kita yang setiap daripada insan yang ada di atas dunia ini telah dijanjikan dengan ujian yang sesuai dengan keimanan mereka kepada Allah. Ya.. Seperti saudara Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kuat negara no 2 iaitu Timb Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan sebagainya. Adakah suatu ketika dulu beliau pernah menyangka bahawa ketika usia beliau menginjak 65 tahun, beliau terpaksa tinggal selama 5 tahun di dalam penjara buat kali yang kedua? Saya tidak mahu membicarakan tentang samada beliau bersalah atau tidak di sini. Masing-masing punya pandangan tersendiri.




Seperti juga Perdana Menteri kita, Najib Razak yang merupakan orang no 1 negara. Mempunyai sebab yang cukup untuk merasa bahagia. Tetapi beliau seringkali diuji dengan gurauan kasar berkenaan keluarga beliau, pentadbiran kewangan beliau yang dikatakan lemah serta beberapa dasar yang menimbulkan rasa tidak puas hati walaupun dalam kalangan ahli BN.

Sekarang apa kata kita refleks pula pada diri kita. Apakah masalah yang sedang kita hadapi sekarang? Adakah masalah kita ini cukup besar sehingga membuatkan kita perlu stress sehingga anak-anak kita sedikit terabai kasih sayang mereka? Adakah masalah kita ini cukup untuk membuatkan kita benci dengan kehidupan kita? Seberat mana kita diuji, bersyukurlah kerana ujian ini tanda Allah masih melihat kita dan mahu kita berubah supaya Allah dapat memberi kredit yang lebih kepada kita. Lihatlah di sekeliling kita, ramai lagi yang diberi ujian yang maha hebat. Lantas, bersyukurlah kita dengan segala kurniaan, pinjaman serta anugerah dariNya.

2.Hilangnya seorang Ulama' iaitu Dato' Nik Aziz Nik Mat
Satu kehilangan yang teramat besar untuk masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, kerana beliau memang dikenali sebagai seorang yang berpegang secara syumul kepada konsep Islam sebagai cara hidup. Beliau seorang yang dihormati dalam kalangan kawan mahupun lawan. Itulah nilai yang saya rasakan terlalu jarang untuk ada pada tokoh-tokoh politik.

Perginya beliau telah menunjukkan kepada masyarakat Malaysia tentang erti perpaduan. Pemerkasaan Melayu sahaja tidak akan menjamin survival perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Tetapi, apabila roh Islam telah menjadi sebahagian daripada jiwa Melayu, maka perpaduan yang erat dalam masyarakat multi-racial ini akan dapat dicapai. Lihatlah saja pemergian beliau yang ditangisi rakan muslim mahu pun bukan muslim. Baca saja status di Facebook, terlampau banyak komen-komen yang membuat saya rasa kita mempunyai seorang pemimpin yang mampu menyatu-padukan semua.

Tetapi, beliau telah pergi kepada Pencipta kita semua. Begitulah kita, ketika masih nampak susuk tubuhnya, tidak dihairankan langsung, apabila sudah terpisah nyawa dari jasad barulah kita akan menyedari betapa berharganya seseorang itu.

Itu saja yang dapat saya nukilkan buat kali pertama ini. Maaf atas kekurangan yang terhasil, InshaAllah akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Nervous2.. Haha.. Salam..

2 comments:

  1. Welcome on board bro.. teruskan usaha k...

    http://supernifzvitamin.com/cara-hilangkan-parut-chicken-pox-yang-hodoh/

    ReplyDelete
  2. Titanium Max (Capsicum chinense) - TITNIAA.com
    This is a species ecm titanium of cyxanthinense. titanium wedding rings This is a member of the titanium spork Capsicum genus cobalt vs titanium drill bits Capsicum. It was first identified in 1999. 2016 ford focus titanium

    ReplyDelete