Tuesday 22 December 2015

Tanda Terkena SIHIR

9 TANDA TERKENA SIHIR 


Assalamualaikum semua.. Kali ni saya nak update pasal tanda-tanda kalau seseorang tu terkena sihir. Perkara ni bukan soal samada kita taksub pada perkara yang tahyul atau tidak, tetapi ianya benar-benar wujud dengan disandarkan kepada dalil-dalil yang sahih.


sumber: http://static.pulsk.com/images/2013/09/30/0223b2e558d14caadbca6866057a5a1a.jpg 

Sebelum ni saya dah update pasal SANTAU dan CARA UNTUK MENGESAN SANTAU di dalam badan. Dari situ, kita kenal pula apa simptom-simptom yang akan kita rasa sekiranya kita tergolong daripada golongan orang-orang yang diuji dengan sihir. 

Ok, I'll go straight to my point:


  • MIMPI YANG MENAKUTKAN


Biasanya seseorang yang terkena sihir akan mendapat mimpi-mimpi seperti didatangi oleh makhluk yang berwajah seram, seperti ditindih oleh lembaga hitam yang besar dan sebagainya. Jangan ambil mudah perkara seperti ini. Jika ini berlaku kepada anda dengan kekerapan yang tinggi, anda patut untuk mengukuhkan dinding rohani anda.
  • SAKIT MEMULAS DI PERUT
Anda akan merasa sakit seperti urat perut anda dipulas dari dalam. Padahal anda tiada sakit gastrik ataupun sekurang-kurangnya telah mengambil ubat gastrik, namun sakit tersebut masih berpanjangan. Sekali sekala anda akan merasa seperti perut anda ditusuk. 
  • SAKIT TANPA PUNCA
Hal ini sering berlaku pada kebanyakan kita. Kadang-kala kita akan merasa sakit pada badan, setelah diperiksa oleh doktor, tiada sebarang penjelasan. Ada yang akan mengalami sakit kulit, gatal-gatal pada muka dan badan, namun tiada sebarang penjelasan yang dapat diberikan walaupun setelah pergi kepada doktor pakar. Jenis sakit yang mungkin dialami berbeza mengikut sihir yang dikenakan kepada kita.
  • PENING KEPALA YANG LAMA TERUTAMA WAKTU MAGHRIB
Waktu Maghrib merupakan antara waktu yang kita tidak digalakkan untuk berada di luar kerana pada waktu itulah makhluk-makhluk lain yang berkongsi dunia ini dengan kita mula aktif. Kita akan merasa seperti mahu muntah, pening, sukar untuk berjalan dan merasa hanya mahu tidur sahaja pada waktu ini.
  • SAKIT DADA DAN GELISAH SELEPAS ASAR KE MAGHRIB
Seseorang akan merasa gelisah dan serba tidak kena pada waktu selepas Asar dan kadangkala akan merasa sakit di bahagian dada. Individu ini akan merasa cepat untuk marah walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil sahaja.
  • BERLAKUNYA PERKARA GANJIL
Individu itu akan mengalami perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah dirasainya seperti terbau wangian yang terlampau wangi atau busuk, bau hanyir dan kemenyan. Kesemua perkara ini perlu diambil peduli oleh kita, jangan buat tak tau saja. 
  • SUARA MEMANGGIL NAMA
Sesekali kita akan terdengar seperti seseorang memanggil nama kita. Kita pasti kita mendengarnya namun bila diteliti selepas itu, kita akan jadi keliru dari mana datangnya suara tersebut. 
  • DAPAT MELIHAT MAKHLUK LAIN
Pada peringkat ini, seseorang itu dapat meneka dengan jelas bahawa dia telah terkena sihir kerana dengan jelas dia dapat melihat susuk makhluk lain yang turut menumpang hidup di dunia fana ini dengan kita. Ada yang terlampau serius sehingga penampakan ini mengganggu rutin kehidupan seharian mereka.
  • PENING ATAU TIDAK SELESA KETIKA MENDENGAR AYAT RUQYAH
Kita boleh cari di Youtube tentang Ayat Ruqyah, buka dan dengar sehingga habis. Sekiranya ketika mendengar ayat-ayat tersebut kita merasa tidak selesa atau pening-pening, itu maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan aspek rohani kita. Kita boleh memasang ayat ruqyah ini selalu ketika di rumah, tempat kerja ataupun di mana-mana saja yang dirasakan perlu.

Bukan setakat ini saja tanda-tanda yang terjadi pada seseorang yang terkena sihir. Terdapat banyak tanda lain yang sangat subjektif mengikut jenis sihir dan santau itu sendiri. Apa yang penting adalah kesedaran diri kita untuk mengambil peduli tentang perubahan yang berlaku dalam diri, keluarga serta persekitaran kita. 


Kita perlu yakin dan percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin ALLAH swt. Berusaha selagi berdaya dan jangan sesekali hilang keyakinan kepada ALLAH swt, Insha Allah hidup kita akan dipermudahkanNya. 

                                                                                                                                                     MRI


No comments:

Post a Comment