Monday 23 February 2015

Diari Guru 1: Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan KL Peringkat Negeri 2015

First day mula kerja selepas 5 hari cuti.. Hurmm, mmg monday blues tahap gaban. Haha. Tapi berbeza skit dari hari-hari yang lain, sebab hari ni saya bawa pelajar-pelajar yang mewakili Zon Pudu A untuk berentap di Kejohanan Sepak Takraw MSSWPKL Peringkat Negeri.
Semua sekali untuk zon Pudu A ada 3 regu yang dipertaruhkan. Semuanya dalam kategori 18 tahun. Masa mula-mula sampai sekolah jam 7.00 pagi tadi, ingatkan semua dah ada sebab memang dah janji pukul 7. Tunggu punya tunggu, pukul 8.15 br semua pelajar sampai di sekolah. Semua sekali ada 12 orang pelajar. 

Dalam hati terus berkata: " Macam mana Melayu nak maju kalau soal masa yang simple ni pun tak boleh nak ikut, bukan sekejap-sekejap, satu jam lebih lewat! Antara skill dan sikap, pelajar-pelajar ini berfikir yang skill merupakan segala-galanya. Skill memberikan kekebalan kepada mereka sehingga mereka boleh datang sesuka hati dan cikgu pula kena kunci mulut, sebab kalau cikgu bising-bising, takut pelajar-pelajar ni boikot tak nak main pulak. Itu apa yang mereka fikirkan. Datang pulak tanpa persediaan yang sempurna. Borang baru nak isi, kad pengenalan baru nak fotostat. Muka pulak tak ada rasa bersalah." 

Itu yang dalam hati saya, tapi yang keluar kat mulut cuma arahan menyuruh mereka siap secepat mungkin, naik van, terus ke Pusat Sukan dan Rekreasi Kampung Pandan. Sebab memang tak nak cakap byk2 pagi2, takut psikologi kejayaan mereka tergugat dek menerima nasihat yang menggunung tahap gaban. Tapi memang dah set, usai saja game petang ni, memang nak kena bahasakan jugak dorang ni.

Sampai di sana dengan ditemani seorang lagi guru, terus buat pendaftaran pemain. Game yang sepatutnya bermula pada pukul 8.30 ditunda ke pukul 9.00 sebab pemain-pemain dari pasukan lain pun ada yang sampai lewat. Sekali lagi, S I K A P. Terima kasih kepada Urusetia yang memang setia menanti dengan penuh sabar, kalau tidak rasanya dah kena disqualified 2-3 team hari ni. Huhu..

So, perlawanan pertama zon Pudu A akan bertemu Zon Keramat B. Alhamdulillah zon Pudu A menang dengan 2-1. Untuk format game ni, setiap Zon akan hantar 3 regu. Dan kemenangan setiap regu yang bertanding akan memberi satu mata kepada Zon masing-masing. Lebih kurang macam Thomas Cup la format dia tu.

Selesai perlawanan pertama, semua pelajar macam biasa rehat dan makan makanan yang telah dibawa dari sekolah sambil menunggu untuk perlawanan kedua menentang Zon Sentul B. Sambil-sambil tu kami pun layan tengok game pasukan lain. Faktor psikologi memang memainkan peranan yang sangat penting. Ada team yang boleh main dengan baik, tapi kalah sebab tak tahan kena psiko dengan penyokong team lawan. Ada yang boleh main ala kadar saja, tapi disebabkan sokongan yang tidak berbelah bagi seperti sokongan yang diterima oleh Arnold Schwarzenegger, maka mereka boleh menang. Itulah kuasa minda!
Tengah syok layan game antara Bangsar dan Sentul, tiba-tiba elektrik tak ada. Lampu dan kipas gagal memberikan keselesaan di dalam dewan yang padat dengan bakal atlit masa depan. Tunggu punya tunggu, kemudian semua Pengurus Pasukan dipanggil untuk diberi taklimat terkini. Perlawanan hari ini ditangguhkan ke awal pagi esok. So, game esok akan bermula tepat pukul 8.00 pagi.

Lantas, sebagai seorang Pengurus yang memang telah menyimpan hasrat untuk memberi sedikit motivasi kepada pasukan Pudu A semenjak dari pagi tadi, saya pun terus memanggil semua pelajar untuk berkumpul dan sedikit sebanyak ilmu motivasi yang diwarisi dari Dr Fadzilah Kamsah pun dikeluarkan dengan kadar yang sesuai. Ada yang mengangguk, ada yang tak puas hati dan ada yang berterima kasih kepada saya. 

Apa pun, saya akan tunggu esok untuk lihat misi 'Game 8.00am' ini akan tercapai atau tidak. Doakan kejayaan Zon Pudu!! :) 








No comments:

Post a Comment