Wednesday 9 December 2015

BREASTFEEDING: 10 Tips Untuk Menyusukan Anak

Alhamdulillah, saya baru menimang cahaya mata yang ke-2 pada 30/11 yang lepas. Kali ni gegirl, Marissa Raisya nama diberi. Moga pinjaman Allah ini akan menjadi penyejuk hati dan syafaat buat kedua ibu bapanya nanti, Insha Allah. 

Jadi, post kali ini saya nak sentuh tentang tips untuk membantu ibu menyusukan anak secara semulajadi, breastfeeding la kiranya. Ramai yang dapat menyusukan anak sepenuhnya, namun tak kurang juga yang gagal di pertengahan jalan. Macam saya dan isteri, untuk Rayyan (anak pertama) kami tak dapat nak berikan nikmat menyusu badan pada ketika itu.

Mungkin kerana kurangnya pengalaman, siap isteri saya menangis sakit sebab bengkak susu masa tu. Allah saja yang tahu macam mana perasaan kami ketika itu. Susu ada, tapi tak nak keluar dan Rayyan juga ketika itu kalau dia lapar memang tak boleh sabar; menangis kaw kaw punya.. J Jadi terpaksa gunakan susu formula yang diimport dari ladang.

Untuk Raisya pulak kali ini, Alhamdulillah ada rezeki untuk dia. Jadi saya nak kongsikan dengan rakan-rakan 10 tips yang saya rasa dapat membantu ibu-ibu memberi susu badan kepada permata hati mereka. Kita berusaha yer, Insha Allah ada jalannya..

1.    Tambah Ilmu
Selepas bersalin, para ibu akan letih dan kadang-kadang sakit pun tak hilang lagi. So, macam mana nak start belajar something new about breastfeeding kan. Jadi, masa mengandung lagi ibu bapa dah kena start membaca, tambah ilmu, pergi kelas, tanya dengan ibu-ibu yang dah ada pengalaman about BF ni.. Macam sekarang ni, tengah baca pasal BF kat blog saya, kira terbaeklah! Haha..

2.    Mula Awal
Lepas bersalin je, selesai nurse bersihkan baby dan ayah dah siap azan dengan iqamah, ibu kalau boleh terus mintak baby untuk dipeluk; ini untuk membantu merangsang badan ibu untuk menghasilkan susu selepas itu. Dah selesai semua kerja-kerja pembedahan dan jahitan, ibu masa di wad terus mintak dari nurse untuk cuba susukan baby. Sebabnya, pada 1 jam yang pertama selepas lahir, deria penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan bayi sangat-sangat sensitive; bayi akan secara semulajadi akan mencari-mencari payudara ibu. Berikan peluang kepada bayi untuk explore semua deria tu ketika dia nak mula belajar menyusu. Jangan takut kalau tak ada susu yang keluar, buat je. Bila baby dah dapat caranya, Insha Allah perkara akan jadi makin senang kemudiannya.

3.    Skin-To-Skin
Ok, bahagian ni ayah jangan kacau. Haha. Bila nampak baby macam struggle nak minum susu, buka sikit baju baby dan baju ibu pada bahagian dada dan letakkan baby di dada ibu. Ini untuk mewujudkan sentuhan yang mesra antara ibu dan bayi dan ianya juga dapat membantu bayi untuk lebih bertenang dan lebih fokus pada nalurinya untuk menyusu. Make sure ada skin to skin attachment ok..

4.    Ketahui Signal
Kalau ibu bapa nampak baby sedang masukkan jari dalam mulut, gerak-gerakkan mulut macam mengunyah ataupun gerakkan kepala dia kiri dan kanan macam mencari something, itu maknanya baby sedang bagitau yang “Saya dah lapar la Ibu.” So, teruskan respon pada tanda-tanda tu, bagi BF dengan segera. Rasionalnya, bila ibu dapat detect awal yang baby lapar melalui tanda-tanda tu, lepas ni baby akan bagi tanda yang sama lagi tanpa menangis. Sebab bila baby mula menangis, rasa lapar tu dah bercampur dengan rasa marah dan pastinya akan menyukarkan sedikit usaha ibu nak BF ni..

5.    Bengkak Susu
Cuba untuk disiplinkan diri dan baby untuk menyusu setiap 2-3 jam pada awal-awal kelahiran. Bila breast rasa macam bengkak, keras dan sedikit panas selepas beberapa hari bersalin, jangan panic sebab itu tandanya susu sedang on the way. Bengkak susu akan hilang dalam beberapa hari, Insha Allah dengan syarat ibu kena betul-betul disiplin untuk pam ataupun susukan baby setiap 2-3 jam. Susu yang mula-mula keluar agak kekuningan dan itulah yang terbaik kerana mengandungi banyak kolostrum (sangat baik untuk perkembangan bayi). Kadang-kadang ada breast yang terlampau keras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu; jadi pam dulu sedikit sebelum menyusukan bayi.

6.    Tanya Pakar
BF sepatutnya tidak menyakitkan, jadi kalau ibu rasa sakit ketika BF, atau jika pampers baby yang ditukar tidak berada dalam lingkungan 6-12 helai sehari, better ibu bapa dapatkan rundingan dengan Doktor. Pada waktu ini penting untuk kita detect masalah dan selesaikannya pada peringkat awal.

7.    Tidur Yang Cukup
Selepas ibu dan bayi dah developed rutin penyusuan yang baik (biasanya selepas sebulan), ok untuk ibu memberikan tanggungjawab tersebut kepada si bapa pulak. Haha.. Kesian si ibu, dan lama tak merasa tidur malam yang nyenyak kan. Jadi, sebelum tidur make sure ibu dah siap pump bekalan yang secukupnya. Pasang air-purifier siap letak aromatherapy perfume, pastu tido Fuhhh lega esoknya. J

8.    Plan
Sebelum bersalin lagi kalau boleh ibu dah kena slow talk dengan bos tentang plan untuk BF selepas bersalin nanti. Maksudnya BF ketika di tempat kerja. Untuk makluman, hak untuk BF ketika waktu kerja ni sebenarnya memang termaktub dalam undang-undang dan ibu memang dilindungi. Jadi, cari tempat dan waktu yang sesuai serta peralatan yang sesuai juga. Insha Allah pasti akan dimudahkan jika niat kita sudah baik. Nampak macam penat, tapi ramai ibu yang sebenarnya melakukan perkara ini

9.    Berlatih Untuk Pam
Sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum ibu masuk kerja semula, ibu dah boleh start untuk pam susu badan. Tapi biasanya ramai ibu yang dah mula awal. So maybe takde masalah yang ini. Beberapa minit selepas bayi menyusu pada waktu waktu antara waktu yang paling efektif untuk pam susu badan. Selain itu, bagi ibu yang multitasking boleh pam ketika bayi sedang menyusu pun. Side by side. Mudahan dapat membantu ibu untuk membuat stok susu yang secukupnya.

10.                   Pengasuh
Ibu bapa kena pastikan pengasuh yang menjaga anak-anak kita tahu tentang cara yang betul untuk menyediakan susu ibu sebelum diberi kepada bayi. Panaskan guna microwave sangat dilarang! Maklumkan yang pengasuh hanya perlu defrost susu tersebut di dalam bekas air yang suam sahaja. Gunakan susu mengikut urutan masa (yang lama ke baru), dan bagitau jumlah susu yang biasa diminum oleh bayi dan kekerapannya dalam sehari. Insha Allah maklumat ini akan dapat membantu pengasuh untuk lebih peka dengan pemberian susu badan terhadap bayi kita.


Panjang siot entri kali ni. Balas dendam sebab lama tak menulis. Hahahah.. Apa pun, niat di hati memang sebab nak tolong ibu bapa yang baru sambut newborn baby dan memang beriltizam dengan tekadnya untuk bagi susu badan pada bayi mereka. Sama-sama kita berusaha ok! Nak p tgk baby Marissa plk, nangis dah tu. A’kum J

No comments:

Post a Comment