Wednesday 25 February 2015

Nim's Little Island

Minggu lepas abg ipar dgn kakak ipar ajak saya dan keluarga utk keluar minum petang. Katanya, ptg2 ni sdp kalau pekena ABC. Maka abg ipar pun bertanyalah pada Encik Google, ttg port yg best kalau nak try ABC ni. Jawapan En Google, antara tempat yg baik adalah di Nim's Little Island, Jalan Teratai (Sungai Ramal Dalam). Blh check kt Foursquare, ada di situ..

Dipendekkan cerita, sampai je kat situ maka kami pun diberi menu oleh pelayan. Nama-nama makanan dan minumannya amat unik. Nak tau unik mcm mn, kn dtg try dl. Haha..

                           


Kami pn orderlah ABC tetapi kakak ipar sy order Soda Gembira disamping juadah keropok lekor dan juga karipap. 

Sampai saja ABC, terus kami terkam hbs sj bacaan doa mkn yg serba ringkas, dahaga la katakan. Dalam masa yg sm nk rs jg mcm mn kehebatan ABC di Nim's ni. Lps tu Soda Gembira pn sampai diikuti dgn keropok lekor dan karipap.

                        


Ok, utk ABC apa yg blh sy katakan, tekstur aisnya sgt halus, rs mcm mkn slurpy kt 7eleven. Rasa dan bhn2 yg terdapat dlm ABC pn tidak mengecewakan tetapi tidaklah sampai terlalu sedap dan cemerlang. Klu nk, anda blh order yg ada ais krim, lupa plk sy apa namanya. Haha. 

                                 


Soda Gembira dihidangkan dgn soda diberi secara berasingan. Jd terpulang pd kita utk nk tambah soda tu sesuai dgn selera masing-masing. Kakak ipar sy terus kelihatan sgt gembira selepas meminum air Soda Gembira. Haha..

                          


Untuk keropok lekor, kami puas hati sbb terasa btl ikan tu dan bkn hanya tepung semata-mata. Karipap pula, rangup tetapi mungkin kulit agak tebal sedikit. Inti kentangnya tidak mengecewakan..

                         


Dr pemerhatian sy, rmi pelanggan Nim's ni drpd golongan pelajar. Cuma kalau blh pelayan-pelayan kat situ, banyakkan senyum skit especially bl berinteraksi dgn pelanggan. Baru ada seri.. 

                                        
Anak saya Rayyan, Vitagen jg yg ttp menjadi pilihan hatinya walau di mana berada.. Adehh.. 

Overall, kami akan dtg lg utk cuba menu yg lain pulak sbb setakat ni masih ok lagi. Thanx to my abg ipar yg belanja. Lain kali blh ajak lg eh.. Haha..

Tuesday 24 February 2015

Motivasi Pagi


Salam dan selamat pagi sahabat-sahabat. Sama-sama kita buat mcm ni hari ni ok,  "BUAT TANPA TAPI, LAKUKAN TANPA NANTI!" Sama2 kita jadikan hari ini lbh baik dr semalam dan i'Allah esok akan lbh baik dr hr ini.. 

Monday 23 February 2015

Minum air kosong: Apa Kelebihannya?

Ramai antara kita yang dapat Whatsapp berkaitan dengan fenomena Strok Haba yang mungkin berlaku ketika ini. Hal ini berlaku kerana pendedahan yang berpanjangan kepada cuaca dan suhu yang panas. Antara cara untuk mengawal badan daripada terkesan secara melampau oleh fenomena ini adalah dengan cara meningkatkan amalan meminum air kosong.

Jadi di sini pada kali ini saya akan kongsikan faedah daripada meminum air kosong ini.

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan seseorang.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Untuk maklumat di atas kredit saya berikan kepada: Cahaya Purnama
Selain itu, amalan meminum air kosong pada waktu-waktu yang tertentu juga dapat memberikan beberapa manfaat kepada kita, antaranya seperti di bawah:
Kalau kita ingat, datuk dan nenek kita selalu minum air kosong masa dorang mula-mula bangun pagi kan. Belum pergi gosok gigi atau ke tandas, air kosong yang akan dicari mereka dahulu. Rupanya, memang terbukti ada khasiatnya. 
Jadi, sama-samalah kita mengamalkan amalan sihat yang tidak memerlukan kos yang tinggi ini. Dengan minum, anda dapat segala-galanya! Chewahh.. Haha.. 

Diari Guru 1: Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan KL Peringkat Negeri 2015

First day mula kerja selepas 5 hari cuti.. Hurmm, mmg monday blues tahap gaban. Haha. Tapi berbeza skit dari hari-hari yang lain, sebab hari ni saya bawa pelajar-pelajar yang mewakili Zon Pudu A untuk berentap di Kejohanan Sepak Takraw MSSWPKL Peringkat Negeri.
Semua sekali untuk zon Pudu A ada 3 regu yang dipertaruhkan. Semuanya dalam kategori 18 tahun. Masa mula-mula sampai sekolah jam 7.00 pagi tadi, ingatkan semua dah ada sebab memang dah janji pukul 7. Tunggu punya tunggu, pukul 8.15 br semua pelajar sampai di sekolah. Semua sekali ada 12 orang pelajar. 

Dalam hati terus berkata: " Macam mana Melayu nak maju kalau soal masa yang simple ni pun tak boleh nak ikut, bukan sekejap-sekejap, satu jam lebih lewat! Antara skill dan sikap, pelajar-pelajar ini berfikir yang skill merupakan segala-galanya. Skill memberikan kekebalan kepada mereka sehingga mereka boleh datang sesuka hati dan cikgu pula kena kunci mulut, sebab kalau cikgu bising-bising, takut pelajar-pelajar ni boikot tak nak main pulak. Itu apa yang mereka fikirkan. Datang pulak tanpa persediaan yang sempurna. Borang baru nak isi, kad pengenalan baru nak fotostat. Muka pulak tak ada rasa bersalah." 

Itu yang dalam hati saya, tapi yang keluar kat mulut cuma arahan menyuruh mereka siap secepat mungkin, naik van, terus ke Pusat Sukan dan Rekreasi Kampung Pandan. Sebab memang tak nak cakap byk2 pagi2, takut psikologi kejayaan mereka tergugat dek menerima nasihat yang menggunung tahap gaban. Tapi memang dah set, usai saja game petang ni, memang nak kena bahasakan jugak dorang ni.

Sampai di sana dengan ditemani seorang lagi guru, terus buat pendaftaran pemain. Game yang sepatutnya bermula pada pukul 8.30 ditunda ke pukul 9.00 sebab pemain-pemain dari pasukan lain pun ada yang sampai lewat. Sekali lagi, S I K A P. Terima kasih kepada Urusetia yang memang setia menanti dengan penuh sabar, kalau tidak rasanya dah kena disqualified 2-3 team hari ni. Huhu..

So, perlawanan pertama zon Pudu A akan bertemu Zon Keramat B. Alhamdulillah zon Pudu A menang dengan 2-1. Untuk format game ni, setiap Zon akan hantar 3 regu. Dan kemenangan setiap regu yang bertanding akan memberi satu mata kepada Zon masing-masing. Lebih kurang macam Thomas Cup la format dia tu.

Selesai perlawanan pertama, semua pelajar macam biasa rehat dan makan makanan yang telah dibawa dari sekolah sambil menunggu untuk perlawanan kedua menentang Zon Sentul B. Sambil-sambil tu kami pun layan tengok game pasukan lain. Faktor psikologi memang memainkan peranan yang sangat penting. Ada team yang boleh main dengan baik, tapi kalah sebab tak tahan kena psiko dengan penyokong team lawan. Ada yang boleh main ala kadar saja, tapi disebabkan sokongan yang tidak berbelah bagi seperti sokongan yang diterima oleh Arnold Schwarzenegger, maka mereka boleh menang. Itulah kuasa minda!
Tengah syok layan game antara Bangsar dan Sentul, tiba-tiba elektrik tak ada. Lampu dan kipas gagal memberikan keselesaan di dalam dewan yang padat dengan bakal atlit masa depan. Tunggu punya tunggu, kemudian semua Pengurus Pasukan dipanggil untuk diberi taklimat terkini. Perlawanan hari ini ditangguhkan ke awal pagi esok. So, game esok akan bermula tepat pukul 8.00 pagi.

Lantas, sebagai seorang Pengurus yang memang telah menyimpan hasrat untuk memberi sedikit motivasi kepada pasukan Pudu A semenjak dari pagi tadi, saya pun terus memanggil semua pelajar untuk berkumpul dan sedikit sebanyak ilmu motivasi yang diwarisi dari Dr Fadzilah Kamsah pun dikeluarkan dengan kadar yang sesuai. Ada yang mengangguk, ada yang tak puas hati dan ada yang berterima kasih kepada saya. 

Apa pun, saya akan tunggu esok untuk lihat misi 'Game 8.00am' ini akan tercapai atau tidak. Doakan kejayaan Zon Pudu!! :) 








Friday 20 February 2015

JAWATAN KOSONG: TABUNG HAJI (20MAC)



Peluang pekerjaan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk bekerja dengan Tabung Haji. Ada 8 pilihan pekerjaan mengikut kesesuaian. Tarikh sehingga 20 Mac 2015.

Untuk apply, anda perlu mengambil Jobstreet English Language Assessment terlebih dahulu. 
Rezeki milik Allah, kita yang berusaha.

Thursday 19 February 2015

SANTAU

Video perbuatan santau terhadap sebuah restoran. Kredit kepada Sukan Star TV

https://www.facebook.com/SukanStarTV/photos/p.842561852477501/842561852477501/?type=1&theater
Sahabatku… Berhati-hatilah agar diri tidak disantau oleh mereka yang berhati syaitan. Mereka yang penuh dendam kesumat dan kebencian. Kita perlu tahu bagaimana untuk membenteng diri dari terkena santau. InshaaAllah saya akan kongsikan beberapa cara yang diamalkan oleh mak ayah kita, yang diajar oleh tuan guru dan ustaz-ustaz pengamal perubatan Islam. Namun post kali ini saya mulakan topik santau ini dengan memahami apa itu santau dengan lebih dekat dan apakah tujuan mereka yang membuat santau. Maklumat ini saya ambil dari petua dan ilmu yang kawan-kawan ustaz saya ajar dan juga dari perkongsian Tuan Guru Harun Din juga Tuan Haji Mokhtar yang merupakan pakar pencegahan dan rawatan sihir dan santau.
APA ITU SANTAU? Santau adalah sejenis racun dari pelbagai ramuan yang sungguh merbahaya. Ia bukan semata-mata hanyalah ramuan tertentu tetapi juga diserta bersama penglibatan makhluk-makhluk halus atau jin dan amalan sihir. Mentera-mentera dibaca bagi memanggil dan melibatkan jin dalam proses menyantau bertujuan menyeksa dan mendera mangsa secara zahir dan batin, sehingga akhirnya menemui ajal (dengan izin Allah). Itulah tujuan utama sihir ini dilakukan terhadap seseorang yang dituju selain membuat kacau dan huru-hara terutamanya santau angin yang dilakukan pada majlis-majlis yang penting
4 JENIS SANTAU. Santau dapat dibahagikan kepada 4 jenis. Mungkin ada di kalangan sahabat yang dah tahu, dan mungkin ramai lagi yang masih tak tahu. Saya kongsikan agar kita sama-sama mengambil perhatian penting dan berusaha mengelakkan dengan amalan dan pendinding yang akan saya kongsikan dalam post-post akan datang, inshaaAllah. Empat jenis santau yang ditakrifkan oleh pengamal rawatan dan pencegahan Islam adalah santau makan dan minum, santau angin, santau tuju dan santau langkah.
SANTAU MELALUI MAKANAN. InshaaAllah 4 jenis yang saya nayatakan di atas saya akan terangkan satu persatu secara mudah dan ringkas. Pertamanya santau makan dan minum. Santau jenis ini menggunakan makanan dan minuman dengan memasukkan ramuan sihir dan menghidangkan kepada mangsa. Bagi mereka yang tak ada ilmu dan amalan pendinding, ramuan yang dimasukkan tidak dapat dikesan dan nampak macam makanan biasa. Namun bagi mereka yang tahu dan amalkan ilmu pendinding diri, makanan tersebut dapat dikesan mengandungi ramuan sihir atau santau. Diperlihatkan oleh Allah seumpama makanan tersebut luar dari biasa. Ada yang nampak seolah-olah hidangan tersebut mendidih seperti berada di atas api. Ada juga ditunjukkan Allah dengan pinggan atau cawan pecah atau retak bila disentuh. Dan macam-macam lagi tanda yang di’share’ oleh para ustaz pengamal perubatan Islam bila berbicara tentang tanda-tanda makanan yang disantau.
SANTAU ANGIN. Jenis santau yang kedua yang nak saya bincangkan di sini adalah santau angin. Ia dilepaskan atau dihantar menuju mangsa menggunakan tiupan angin. Secara biasanya ia dilakukan dengan diselesitkan di bawah kuku lalu dijentik bahan santau beracun tersebut ke arah orang ramai. Santau jenis ini dilakukan atau dilepaskan dalam majlis keramaian, majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan juga kedai makan. Sasarannya adalah orang ramai yang berada di tempat tersebut. Maka ramailah yang pasti terdedah dan menjadi mangsa termasuklah orang tua, dewasa, remaja dan tak terlepas kanak-kanak. Mungkin tidak semua yang kena, mereka yang dilindungi Allah akan terselamat, namun majoriti yang terkena santau tersebut akan mengalami simptom-simptom dan keadaannya yang sungguh dahsyat dan menyeksakan.
SANTAU TUJU. Santau jenis yang seterusnya adalah santau tuju. Sasaran mangsa bagi santau ini telah dikenalpasti dari awal lagi. Ia dilepaskan dengan diniatkan khusus untuk mangsa tertentu. Rumah mangsa, masa tidurnya dan sebagainya telah dikenalpasti. Bila malam menjelang santau ini dilepaskan dan kesannya sungguh dahsyat. Mangsa akan mengalami muntah darah dengan serta merta. Dikatakan bila santau ini dilepaskan ia kelihatan seperti kunang-kunang yang bercahaya menuju ke rumah atau ke tempat mangsa. Ada juga yang mengatakan ia seperti tahi bintang yang melayang setinggi pokok kelapa pantas bergerak mencari mangsanya. Dipercayai santau jenis ini pantang dilihat semasa ia dilepaskan bimbang akan tersasar dan mengena orang lain.
SANTAU LANGKAH. Santau keempat dan yang terakhir adalah santau langkah. Ia juga seperti santau tuju yang mengenalpasti mangsa tetapi dilakukan dengan meletakkan di tempat yang biasa dilalui oleh mangsa terutamanya di pagar rumah, pintu pejabat, atau tempat laluan utama mangsa. Bila ramuan santau yang diletakkan ini dilangkah, ia terus menyerang mangsa. Sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga dan seboleh mungkin mengelak diri dari sebarang permusuhan atau perselisihan. Di samping itu juga kita perlu amalkan ayat-ayat pendinding dan mengetahui petua-petua penting untuk mengelak perbuatan santau. Satu lagi yang juga penting adalah mengenalpasti tanda-tanda atau simptom diserang santau. Jika ada bersegeralah mendapatkan rawatan dengan mereka yang mahir dan menggunakan kaedah rawatan Islam.
Maklumat dan penulisan berkaitan dengan santau ini telah saya ambil daripada web Tuan Zainal Rashid. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan. 
Buat sahabat-sahabat yang lain, inshaAllah dipost yang baru saya akan paparkan maklumat tambahan berkaitan dengan cara mengubati santau ini, inshaAllah...

Wednesday 18 February 2015

5 TIPS MURAH REZEKI CARA ISLAM

Setiap seorang dari kita mahukan rezeki yang berkat untuk diri dan keluarga kan. Kadang-kadang takrifan rezeki yang cukup tu berbeza. Ada yang sederhana tapi cukup untuk bawak keluarga jalan-jalan ketika cuti sekolah. Ada yang banyak duitnya, tapi takde masa yang cukup untuk nak bergelak tawa bersama anak isteri. Justeru, bagaimanakah caranya kita nak menjemput rezeki yang berkat supaya datang bertamu dalam kehidupan kita?

Saya kongsikan beberapa tips untuk kita semua:

1. Menyempatkan diri  beribadah
Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada  hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. justeru sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk  tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan Maksiat
Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa. Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya, bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.
4. Sentiasa ingat Allah
Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah  yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta  menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat : al-Hakim dan ad-Dailami)
Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
http://mohdherman.blogspot.com/2012/10/petua-amalan-solat-dhuha-murah-rezeki.html

Kredit untuk tips ini saya berikan kepada saudara Irfan Khairi.
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/10-tip-untuk-murah-rezeki-cara-islam-bahagian-1/

Tuesday 17 February 2015

Mana bahaya? Minyak penuh atau minyak sikit?

Post ni saya tulis lepas dapat satu mesej Whatsapp daripada kawan-kawan sambil dengar lagu dari Leon; "Saling Merindu". Jiwang sehh.. Kata kawan saya, hati-hati ketika musim panas ni, jangan isi minyak kereta sampai penuh kerana bimbang kereta tersebut akan mudah meletup sekiranya berlaku kemalangan. Faktor cuaca yang panas dan minyak yang banyak menyumbang kepada letupan tersebut.

http://omakkau.blogspot.com/2015/02/kereta-ferrari-terbakar-hangus-di.html


Ermm.. Sel-sel otak saya terus berhubung dan menjana kembali memori tentang satu rancangan TV yang saya pernah tonton sebelum ni. Rancangan tersebut direka untuk menguji teori-teori yang kita biasa dengar tetapi sebenarnya salah. Antaranya termasuklah teori minyak tadi tu.



Ok, dalam 'Real Eksperimen' yang dorang jalankan, ada 3 buah kereta. Setiap kereta diisi dengan tahap petrol yang berbeza iaitu yang pertama, penuh. Yang kedua, separuh. Dan yang ketiga, hanya sedikit cukup untuk menghidupkan kereta tersebut. Dan ketiga-tiga kereta ini akan diletupkan dengan menggunakan cara yang sama. Keputusan yang majoriti harapkan adalah kereta yang mempunyai petrol terbanyak akan menunjukkan letupan terkuat kan.



Selepas ketiga-tiga kereta itu diletupkan satu demi satu, keputusan yang sebenar adalah; kereta yang mempunyai petrol paling sedikit menghasilkan letupan terbesar diikuti dengan petrol paras sederhana dan petrol penuh. Perkara ni terjadi kerana letupan yang sempurna memerlukan campuran udara yang secukupnya dan sedikit ruang untuk molekul berkembang dengan kadar yang pantas. 



Jadi, sahabat-sahabat sekalian jangan selalu membiarkan tangki kereta kita terlampau kosong kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini ini akan berlaku. And of courselah faktor kereta terbakar ni pun bukan 100% sebab minyak ok, byk faktor tambahan lain seperti kemalangan ataupun masalah enjin. Gambar ferrari tu sekadar hiasan. Adios..

Sunday 15 February 2015

Ayat Do's and Don'ts ketika kawan sakit

Kita selalu mengucapkan beberapa ayat ketika kawan kita sakit. Tujuan kita tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membuatkan kawan kita tu rasa lebih baik. Tetapi sedar atau tidak, setiap ayat yang kita tuturkan tu boleh memberi kesan yang tidak kita sangkakan kepada mereka.

Jangan berkata:
1."Ko nampak ok ni" 
 Walaupun ayat ni pada kita seolah nk puji dia la. Tetapi ia juga boleh membawa maksud, "Ko ni tak nampak sakit pun. Aku tengok ko ok je ni," yang mana macam nak kata kawan kita tu tak betul-betul sakit.

2. "Takpe kalau kau sakit, sekurangnya kau boleh rehat dari keja. Mesti best tu." 
Niat kita ikhlas untuk membuatkan kawan berasa selesa. Tetapi seseorang yang sakit dan mempunyai limitasi fizikal untuk bergerak boleh berasa tertekan memikirkan kata-kata kita kerana mereka perlu membayar bil perubatan, menghadiri appointment bersama doktor dan lain-lain. Rehat dari kerja bermaksud kurangnya sedikit sebanyak sumber kewangan.

3. "Kau sakit ni sebab stress. Kalau kau rehat, mesti rasa OK nanti."
Kita biasa mendengar yang sakit ni ada kaitan yang sangat kuat dengan stress. Walhal jika dikaji, ianya bukanlah satu-satunya punca kepada terjadinya stress, banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Komen seperti di atas akan membuatkan kawan kita menjadi lebih stress kerana faktor lain tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Katalah:
1."Saya tak tau apa yang perlu dikatakan, tetapi saya amat mengambil berat tentang awak."
Adakalanya lebih baik kita berterus terang daripada berkata perkara yang kita sendiri pun tak faham. Mengaku sahaja yang kita tak tau apa yang kawan kita sedang rasakan tetapi kita akan selalu ada bila mana kawan kita memerlukan bantuan kita. Itu lebih menyenangkan.

2."Kalau kau nak menangis, menangislah. Aku akan teman."
Setelah segala keperitan yang kawan kita lalui seperti sakit, masalah kewangan untuk menyelesaikan bil perubatan dan lain-lain, mereka hanya mahu untuk menangis sepuasnya hanya untuk melepaskan emosi mereka. Daripada kita menjadi kawan yang akan berkata:"Jangan menangis, kau kena kuat." Cubalah jadi kawan yang duduk bersama-sama ketika kawan kita menangis.

3."Aku nak ke kedai, kau nak apa-apa tak..?"
Sebelum kita nak keluar kemana-mana, mungkin kita boleh memberitahu kawan kita terlebih dahulu supaya mereka mungkin dapat membuat senarai barangan yang mereka perlukan. Membantu untuk membeli barangan dapur yang berat ini sangat bermakna.

Sekian untuk kali ini. Sumber rujukan: Readers Digest, September 2013, p18

Saturday 14 February 2015

Video Kenangan Gunung Kinabalu

Salam sahabat-sahabat..

Tengah dok godak-godak laptop ni, terjumpa pulak video yang saya rakam, edit dan publishkan ketika aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu tahun 2012. Agak dah lama la kan, tapi nak share jugak dengan sahabat-sahabat yang membaca blog ni, sebab ni merupakan antara kenangan saya yang paling indah bersama dengan sahabat-sahabat di sekolah pertama yang saya mengajar iaitu SMK Saint Joseph, Larkin, Johor Bahru. Layan... :)


Agak-agak mana satu saya eh.. haha..

POST PERTAMAKU!

Alhamdulillah..
Akhirnya tercapai juga hasrat di hati untuk memulakan sebuah blog yang InshaAllah mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Minggu ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita berbeza rasa.
1. Keputusan kes perbicaraan Anwar Ibrahim
2. Pemergian Datuk Hj Hasbullah Awang
3. Hilangnya seorang Ulama' iaitu Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya pasti sahabat-sahabat yang membaca blog ini sudah mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga peristiwa ini kan. Jadi, saya tidak akan mengulas lagi tentang perkara ini. Saya cuma ingin membawa sahabat-sahabat untuk berfikir disebaliknya.

1. Keputusan kes perbicaraan Anwar Ibrahim
Ramai telah mengetahui tentang keputusan kes ini. Saya ingin membawa sahabat-sahabat kepada satu konsep iaitu S Y U K U R. Pelik kan, macam mana isu Anwar Ibrahim boleh jadi macam ni pulak..?
Biar saya jelaskan. Selalu terdetik di hati kita, "bagusnya kalau aku jadi seperti sipulan bin sipulan kan..? Ada banyak duit.. Ada kereta besar.. Selalu post gambar pergi melancong overseas.."

Tetapi sedarkah kita yang setiap daripada insan yang ada di atas dunia ini telah dijanjikan dengan ujian yang sesuai dengan keimanan mereka kepada Allah. Ya.. Seperti saudara Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kuat negara no 2 iaitu Timb Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan sebagainya. Adakah suatu ketika dulu beliau pernah menyangka bahawa ketika usia beliau menginjak 65 tahun, beliau terpaksa tinggal selama 5 tahun di dalam penjara buat kali yang kedua? Saya tidak mahu membicarakan tentang samada beliau bersalah atau tidak di sini. Masing-masing punya pandangan tersendiri.




Seperti juga Perdana Menteri kita, Najib Razak yang merupakan orang no 1 negara. Mempunyai sebab yang cukup untuk merasa bahagia. Tetapi beliau seringkali diuji dengan gurauan kasar berkenaan keluarga beliau, pentadbiran kewangan beliau yang dikatakan lemah serta beberapa dasar yang menimbulkan rasa tidak puas hati walaupun dalam kalangan ahli BN.

Sekarang apa kata kita refleks pula pada diri kita. Apakah masalah yang sedang kita hadapi sekarang? Adakah masalah kita ini cukup besar sehingga membuatkan kita perlu stress sehingga anak-anak kita sedikit terabai kasih sayang mereka? Adakah masalah kita ini cukup untuk membuatkan kita benci dengan kehidupan kita? Seberat mana kita diuji, bersyukurlah kerana ujian ini tanda Allah masih melihat kita dan mahu kita berubah supaya Allah dapat memberi kredit yang lebih kepada kita. Lihatlah di sekeliling kita, ramai lagi yang diberi ujian yang maha hebat. Lantas, bersyukurlah kita dengan segala kurniaan, pinjaman serta anugerah dariNya.

2.Hilangnya seorang Ulama' iaitu Dato' Nik Aziz Nik Mat
Satu kehilangan yang teramat besar untuk masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, kerana beliau memang dikenali sebagai seorang yang berpegang secara syumul kepada konsep Islam sebagai cara hidup. Beliau seorang yang dihormati dalam kalangan kawan mahupun lawan. Itulah nilai yang saya rasakan terlalu jarang untuk ada pada tokoh-tokoh politik.

Perginya beliau telah menunjukkan kepada masyarakat Malaysia tentang erti perpaduan. Pemerkasaan Melayu sahaja tidak akan menjamin survival perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Tetapi, apabila roh Islam telah menjadi sebahagian daripada jiwa Melayu, maka perpaduan yang erat dalam masyarakat multi-racial ini akan dapat dicapai. Lihatlah saja pemergian beliau yang ditangisi rakan muslim mahu pun bukan muslim. Baca saja status di Facebook, terlampau banyak komen-komen yang membuat saya rasa kita mempunyai seorang pemimpin yang mampu menyatu-padukan semua.

Tetapi, beliau telah pergi kepada Pencipta kita semua. Begitulah kita, ketika masih nampak susuk tubuhnya, tidak dihairankan langsung, apabila sudah terpisah nyawa dari jasad barulah kita akan menyedari betapa berharganya seseorang itu.

Itu saja yang dapat saya nukilkan buat kali pertama ini. Maaf atas kekurangan yang terhasil, InshaAllah akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Nervous2.. Haha.. Salam..