Wednesday 16 March 2016

Mengenali Identiti Anak Remaja

Kali ni saya akan berkongsi sedikit tentang cara-cara ibu bapa untuk mengenali perangai sebenar anak-anak kita. Ini kerana, berdasarkan kes-kes yang pernah saya tangani, kebanyakan anak-anak kita akan mempunyai split personaliti. Maksudnya, kalau di rumah dialah anak yang kita idamkan tetapi apabila berada di sekolah atau bersama-sama dengan rakan, mereka akan berubah menjadi diri mereka yang satu lagi. 

Jadi, sekiranya timbul masalah di sekolah dan apabila guru menceritakan keperibadian anak-anak kita, ketika itulah kita akan merasa terkejut dan separuh daripada ibu bapa tidak akan percaya pada permulaannya tentang apa yang diceritakan oleh guru sehinggalah satu demi satu bukti dikeluarkan.




Sebagai contoh, saya ingin kongsikan satu kes di sekolah saya. Pelajar lelaki tersebut baru menjengah Tingkatan 2 dan kes yang dilakukannya adalah mencabul dan mengugut. Perkara tersebut telah dilakukan oleh beliau sejak dari bulan Januari sehingga bulan Mac terhadap 3 orang pelajar perempuan. Mangsa-mangsa tidak berani untuk memberitahu kepada mana-mana guru kerana bimbang akan ugutan yang mereka terima. Sehinggalah ke satu tahap di mana mereka tidak mampu menahan lagi dan malu pada kawan-kawan, barulah mereka berjumpa dengan saya dan menceritakan perkara sebenar.

Selepas semua prosedur dan siasatan, pelajar lelaki tersebut telah mengakui kesalahan beliau dan langkah seterusnya adalah mengadakan perbincangan bersama keluarga. Ketika inilah dimana ibu pelajar terbabit datang dan dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa tuduhan pelajar-pelajar wanita tersebut adalah palsu dan ibu tersebut mahu menyoal siasat mereka sendiri. Alasan yang diberikan, anaknya merupakan seorang anak yang baik, mendengar cakap dan jarang keluar malam. Malah saya juga menerima panggilan telefon daripada Makcik pelajar tersebut yang tinggal di Pulau Pinang, turut membuat pembelaan kepadanya. 

Setelah bukti yang ada dikeluarkan satu persatu, baru ternampak riak di wajah ibu pelajar tersebut seakan sedikit malu. Tapi, masih mengatakan bahawa perlakuan anaknya itu didorong oleh pelajar lain. Secara keseluruhannya kes telah diselesaikan dengan cara terbaik dan hukuman yang sepatutnya telah dijalankan. Tetapi, saya seperti biasa masih dikejar dengan panggilan telefon daripada makcik pelajar terbabit menyatakan ketidakadilan sekolah terhadap anak buahnya. Itulah lumrah guru sekarang.. haha..

Ok, jadi saya nak kongsikan tipsnya berdasarkan pengalaman saya ok.


  1. Check telefon anak.
       Daripada telefon anak kita, sebagai ibu bapa kita dapat mengetahui banyak perkara. Contohnya, siapakah kawan anak-anak kita? Apakah bahasa yang sering digunakan? Topik yang sering dibincangkan? Laman web yang sering dilawati (check juga history) dan no2 yang selalu berhubung dengan anak kita. 

   2.  Berbual dengan kawan-kawan anak

    Seterusnya setelah kita kenal kawan-kawan mereka, maka baik untuk kita berbual dengan mereka. Daripada perbualan tersebut, ambil tahu tentang cara percakapan yang mereka gunakan, cara berpakaian mereka, bahasa badan mereka dan tanyakan tentang aktiviti harian mereka.


 3.  Berkomunikasi dengan guru.

   Ibu bapa boleh terus datang ke sekolah tanpa pengetahuan anak untuk bertanyakan tentang keadaan anak di sekolah. Lapangkan minda untuk menerima sebarang maklum balas daripada guru. Kerana sejujurnya guru tidak akan berlaku bias terhadap pelajar. 

4.  Berkomunikasi dengan anak.

  Faktor ini merupakan antara yang terpenting. Ramai ibu bapa yang menyediakan kemudahan dengan sempurna, wang belanja yang lebih dari cukup namun mereka tidak mementingkan komunikasi antara mereka dan anak. Daripada perbualan tersebut ibu bapa dapat mengenal pasti apakah minat terbaru anak-anak kita, adakah mereka jujur dengan percakapan mereka, adakah terdapat perkara-perkara yang membingungkan kehidupan mereka yang dapat dibantu oleh ibu bapa dan sebagainya. 

5.  Mengajak untuk solat berjemaah.

  Sekiranya ajakan ibu bapa untuk solat bersama-sama tidak dihiraukan oleh anak-anak, maknanya sesuatu yang kurang baik sedang berlaku dalam diri mereka. Ibu bapa perlu melakukan tindakan pengesanan dan pemulihan masalah. Solat mempunyai kekuatan yang memang diakui oleh semua orang. Oleh itu, ibu bapa harus menunjukkan contoh terlebih dahulu dengan solat di awal waktu dan secara berjemaah, barulah anak-anak akan mengikuti kita. Kita jaga Allah, Allah akan jaga kita, insha Allah..

Saturday 26 December 2015

AYAT RUQYAH AL SHARIAH ayat penawar sihir

Salam Sabtu semua. Hari ni saya nak share video Ayat Ruqyah yang saya sendiri pun ambil daripada Youtube. Sambil-sambil anda semua blogwalking kat blog saya ni, boleh terus play je ayat ni, Insha Allah mudahan akan mententeramkan jiwa dan rumah kita.. Sama-sama kita.


Mungkin ramai yang dah tau tentang kegunaan dan kebaikan Ayat Ruqyah ni, namun saya pasti ada juga yang baru pertama kali mendengarnya. So, i'll try to explain it for those that haven't listened about it before. 

Kegunaan AYAT RUQYAH:

  • Penawar untuk SIHIR, GANGGUAN dan yang seangkatan dengannya. Namun cara penggunaannya berbeza mengikut jenis gangguan yang kita hadapi.
  • Dapat menunjukkan tindak balas sekiranya seseorang itu mempunyai masalah berkaitan dengan gangguan seperti rasa mengantuk, pening, muntah, cepat marah, menggeletar dan berpeluh.
  • Insha Allah dapat meredakan tangisan bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam. 
  • Sekiranya didengari malah diamalkan selalu akan membantu kita untuk menjadi lebih produktif, melawan penyakit MALAS.
  • Membantu mangsa HISTERIA dan SAKA.
  • Memulihkan PERNIAGAAN yang berkurang pendapatannya secara tiba-tiba.
  • Insha Allah membantu dalam mempercepatkan urusan JODOH.

Kesemua kegunaan AYAT RUQYAH ini insha Allah dapat dirasai sekiranya kita istiqamah dalam mengamalkannya, Allah akan membantu kita. 

Sebagai permulaan, kita boleh mainkan ayat ini di rumah, premis perniagaan atau tempat kerja kita. Perlu diingatkan sekiranya anda memandu berseorangan, maka kurang digalakkan untuk memasang ayat ini di dalam kereta. Risau sekiranya badan anda menunjukkan tindak balas ketika anda memandu. 


Bagi sesiapa yang mempunyai masalah yang agak berat, insha Allah cubalah mainkan ayat ruqyah ini 3 kali dan diletakkan air mineral berdekatan dengan speaker. Setelah selesai, amalkan meminum air tersebut. Adab sebelum minum air, seeloknya selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3 kali, Ayat Qursi, tuang di dalam gelas jangan terus minum daripada botol, minumlah sambil duduk. Insha Allah. 

Sesungguhnya setiap penyakit yang ada di dunia ini pasti ada penawarnya kecuali MATI. Jadi kita perlu berusaha mencari dan yang paling penting percaya hanya ALLAH yang berhak ke atas segala-galanya. Tidak berlaku sesuatu tanpa izinNya.

Tuesday 22 December 2015

Tanda Terkena SIHIR

9 TANDA TERKENA SIHIR 


Assalamualaikum semua.. Kali ni saya nak update pasal tanda-tanda kalau seseorang tu terkena sihir. Perkara ni bukan soal samada kita taksub pada perkara yang tahyul atau tidak, tetapi ianya benar-benar wujud dengan disandarkan kepada dalil-dalil yang sahih.


sumber: http://static.pulsk.com/images/2013/09/30/0223b2e558d14caadbca6866057a5a1a.jpg 

Sebelum ni saya dah update pasal SANTAU dan CARA UNTUK MENGESAN SANTAU di dalam badan. Dari situ, kita kenal pula apa simptom-simptom yang akan kita rasa sekiranya kita tergolong daripada golongan orang-orang yang diuji dengan sihir. 

Ok, I'll go straight to my point:


  • MIMPI YANG MENAKUTKAN


Biasanya seseorang yang terkena sihir akan mendapat mimpi-mimpi seperti didatangi oleh makhluk yang berwajah seram, seperti ditindih oleh lembaga hitam yang besar dan sebagainya. Jangan ambil mudah perkara seperti ini. Jika ini berlaku kepada anda dengan kekerapan yang tinggi, anda patut untuk mengukuhkan dinding rohani anda.
  • SAKIT MEMULAS DI PERUT
Anda akan merasa sakit seperti urat perut anda dipulas dari dalam. Padahal anda tiada sakit gastrik ataupun sekurang-kurangnya telah mengambil ubat gastrik, namun sakit tersebut masih berpanjangan. Sekali sekala anda akan merasa seperti perut anda ditusuk. 
  • SAKIT TANPA PUNCA
Hal ini sering berlaku pada kebanyakan kita. Kadang-kala kita akan merasa sakit pada badan, setelah diperiksa oleh doktor, tiada sebarang penjelasan. Ada yang akan mengalami sakit kulit, gatal-gatal pada muka dan badan, namun tiada sebarang penjelasan yang dapat diberikan walaupun setelah pergi kepada doktor pakar. Jenis sakit yang mungkin dialami berbeza mengikut sihir yang dikenakan kepada kita.
  • PENING KEPALA YANG LAMA TERUTAMA WAKTU MAGHRIB
Waktu Maghrib merupakan antara waktu yang kita tidak digalakkan untuk berada di luar kerana pada waktu itulah makhluk-makhluk lain yang berkongsi dunia ini dengan kita mula aktif. Kita akan merasa seperti mahu muntah, pening, sukar untuk berjalan dan merasa hanya mahu tidur sahaja pada waktu ini.
  • SAKIT DADA DAN GELISAH SELEPAS ASAR KE MAGHRIB
Seseorang akan merasa gelisah dan serba tidak kena pada waktu selepas Asar dan kadangkala akan merasa sakit di bahagian dada. Individu ini akan merasa cepat untuk marah walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil sahaja.
  • BERLAKUNYA PERKARA GANJIL
Individu itu akan mengalami perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah dirasainya seperti terbau wangian yang terlampau wangi atau busuk, bau hanyir dan kemenyan. Kesemua perkara ini perlu diambil peduli oleh kita, jangan buat tak tau saja. 
  • SUARA MEMANGGIL NAMA
Sesekali kita akan terdengar seperti seseorang memanggil nama kita. Kita pasti kita mendengarnya namun bila diteliti selepas itu, kita akan jadi keliru dari mana datangnya suara tersebut. 
  • DAPAT MELIHAT MAKHLUK LAIN
Pada peringkat ini, seseorang itu dapat meneka dengan jelas bahawa dia telah terkena sihir kerana dengan jelas dia dapat melihat susuk makhluk lain yang turut menumpang hidup di dunia fana ini dengan kita. Ada yang terlampau serius sehingga penampakan ini mengganggu rutin kehidupan seharian mereka.
  • PENING ATAU TIDAK SELESA KETIKA MENDENGAR AYAT RUQYAH
Kita boleh cari di Youtube tentang Ayat Ruqyah, buka dan dengar sehingga habis. Sekiranya ketika mendengar ayat-ayat tersebut kita merasa tidak selesa atau pening-pening, itu maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan aspek rohani kita. Kita boleh memasang ayat ruqyah ini selalu ketika di rumah, tempat kerja ataupun di mana-mana saja yang dirasakan perlu.

Bukan setakat ini saja tanda-tanda yang terjadi pada seseorang yang terkena sihir. Terdapat banyak tanda lain yang sangat subjektif mengikut jenis sihir dan santau itu sendiri. Apa yang penting adalah kesedaran diri kita untuk mengambil peduli tentang perubahan yang berlaku dalam diri, keluarga serta persekitaran kita. 


Kita perlu yakin dan percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin ALLAH swt. Berusaha selagi berdaya dan jangan sesekali hilang keyakinan kepada ALLAH swt, Insha Allah hidup kita akan dipermudahkanNya. 

                                                                                                                                                     MRI


Thursday 10 December 2015

Kata Nasihat Utk Diri Sendiri :)


DEEP! MARI KITA KEMBALI PADA ALLAH SEBELUM KITA DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH. AMINN..


Wednesday 9 December 2015

BREASTFEEDING: 10 Tips Untuk Menyusukan Anak

Alhamdulillah, saya baru menimang cahaya mata yang ke-2 pada 30/11 yang lepas. Kali ni gegirl, Marissa Raisya nama diberi. Moga pinjaman Allah ini akan menjadi penyejuk hati dan syafaat buat kedua ibu bapanya nanti, Insha Allah. 

Jadi, post kali ini saya nak sentuh tentang tips untuk membantu ibu menyusukan anak secara semulajadi, breastfeeding la kiranya. Ramai yang dapat menyusukan anak sepenuhnya, namun tak kurang juga yang gagal di pertengahan jalan. Macam saya dan isteri, untuk Rayyan (anak pertama) kami tak dapat nak berikan nikmat menyusu badan pada ketika itu.

Mungkin kerana kurangnya pengalaman, siap isteri saya menangis sakit sebab bengkak susu masa tu. Allah saja yang tahu macam mana perasaan kami ketika itu. Susu ada, tapi tak nak keluar dan Rayyan juga ketika itu kalau dia lapar memang tak boleh sabar; menangis kaw kaw punya.. J Jadi terpaksa gunakan susu formula yang diimport dari ladang.

Untuk Raisya pulak kali ini, Alhamdulillah ada rezeki untuk dia. Jadi saya nak kongsikan dengan rakan-rakan 10 tips yang saya rasa dapat membantu ibu-ibu memberi susu badan kepada permata hati mereka. Kita berusaha yer, Insha Allah ada jalannya..

1.    Tambah Ilmu
Selepas bersalin, para ibu akan letih dan kadang-kadang sakit pun tak hilang lagi. So, macam mana nak start belajar something new about breastfeeding kan. Jadi, masa mengandung lagi ibu bapa dah kena start membaca, tambah ilmu, pergi kelas, tanya dengan ibu-ibu yang dah ada pengalaman about BF ni.. Macam sekarang ni, tengah baca pasal BF kat blog saya, kira terbaeklah! Haha..

2.    Mula Awal
Lepas bersalin je, selesai nurse bersihkan baby dan ayah dah siap azan dengan iqamah, ibu kalau boleh terus mintak baby untuk dipeluk; ini untuk membantu merangsang badan ibu untuk menghasilkan susu selepas itu. Dah selesai semua kerja-kerja pembedahan dan jahitan, ibu masa di wad terus mintak dari nurse untuk cuba susukan baby. Sebabnya, pada 1 jam yang pertama selepas lahir, deria penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan bayi sangat-sangat sensitive; bayi akan secara semulajadi akan mencari-mencari payudara ibu. Berikan peluang kepada bayi untuk explore semua deria tu ketika dia nak mula belajar menyusu. Jangan takut kalau tak ada susu yang keluar, buat je. Bila baby dah dapat caranya, Insha Allah perkara akan jadi makin senang kemudiannya.

3.    Skin-To-Skin
Ok, bahagian ni ayah jangan kacau. Haha. Bila nampak baby macam struggle nak minum susu, buka sikit baju baby dan baju ibu pada bahagian dada dan letakkan baby di dada ibu. Ini untuk mewujudkan sentuhan yang mesra antara ibu dan bayi dan ianya juga dapat membantu bayi untuk lebih bertenang dan lebih fokus pada nalurinya untuk menyusu. Make sure ada skin to skin attachment ok..

4.    Ketahui Signal
Kalau ibu bapa nampak baby sedang masukkan jari dalam mulut, gerak-gerakkan mulut macam mengunyah ataupun gerakkan kepala dia kiri dan kanan macam mencari something, itu maknanya baby sedang bagitau yang “Saya dah lapar la Ibu.” So, teruskan respon pada tanda-tanda tu, bagi BF dengan segera. Rasionalnya, bila ibu dapat detect awal yang baby lapar melalui tanda-tanda tu, lepas ni baby akan bagi tanda yang sama lagi tanpa menangis. Sebab bila baby mula menangis, rasa lapar tu dah bercampur dengan rasa marah dan pastinya akan menyukarkan sedikit usaha ibu nak BF ni..

5.    Bengkak Susu
Cuba untuk disiplinkan diri dan baby untuk menyusu setiap 2-3 jam pada awal-awal kelahiran. Bila breast rasa macam bengkak, keras dan sedikit panas selepas beberapa hari bersalin, jangan panic sebab itu tandanya susu sedang on the way. Bengkak susu akan hilang dalam beberapa hari, Insha Allah dengan syarat ibu kena betul-betul disiplin untuk pam ataupun susukan baby setiap 2-3 jam. Susu yang mula-mula keluar agak kekuningan dan itulah yang terbaik kerana mengandungi banyak kolostrum (sangat baik untuk perkembangan bayi). Kadang-kadang ada breast yang terlampau keras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu; jadi pam dulu sedikit sebelum menyusukan bayi.

6.    Tanya Pakar
BF sepatutnya tidak menyakitkan, jadi kalau ibu rasa sakit ketika BF, atau jika pampers baby yang ditukar tidak berada dalam lingkungan 6-12 helai sehari, better ibu bapa dapatkan rundingan dengan Doktor. Pada waktu ini penting untuk kita detect masalah dan selesaikannya pada peringkat awal.

7.    Tidur Yang Cukup
Selepas ibu dan bayi dah developed rutin penyusuan yang baik (biasanya selepas sebulan), ok untuk ibu memberikan tanggungjawab tersebut kepada si bapa pulak. Haha.. Kesian si ibu, dan lama tak merasa tidur malam yang nyenyak kan. Jadi, sebelum tidur make sure ibu dah siap pump bekalan yang secukupnya. Pasang air-purifier siap letak aromatherapy perfume, pastu tido Fuhhh lega esoknya. J

8.    Plan
Sebelum bersalin lagi kalau boleh ibu dah kena slow talk dengan bos tentang plan untuk BF selepas bersalin nanti. Maksudnya BF ketika di tempat kerja. Untuk makluman, hak untuk BF ketika waktu kerja ni sebenarnya memang termaktub dalam undang-undang dan ibu memang dilindungi. Jadi, cari tempat dan waktu yang sesuai serta peralatan yang sesuai juga. Insha Allah pasti akan dimudahkan jika niat kita sudah baik. Nampak macam penat, tapi ramai ibu yang sebenarnya melakukan perkara ini

9.    Berlatih Untuk Pam
Sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum ibu masuk kerja semula, ibu dah boleh start untuk pam susu badan. Tapi biasanya ramai ibu yang dah mula awal. So maybe takde masalah yang ini. Beberapa minit selepas bayi menyusu pada waktu waktu antara waktu yang paling efektif untuk pam susu badan. Selain itu, bagi ibu yang multitasking boleh pam ketika bayi sedang menyusu pun. Side by side. Mudahan dapat membantu ibu untuk membuat stok susu yang secukupnya.

10.                   Pengasuh
Ibu bapa kena pastikan pengasuh yang menjaga anak-anak kita tahu tentang cara yang betul untuk menyediakan susu ibu sebelum diberi kepada bayi. Panaskan guna microwave sangat dilarang! Maklumkan yang pengasuh hanya perlu defrost susu tersebut di dalam bekas air yang suam sahaja. Gunakan susu mengikut urutan masa (yang lama ke baru), dan bagitau jumlah susu yang biasa diminum oleh bayi dan kekerapannya dalam sehari. Insha Allah maklumat ini akan dapat membantu pengasuh untuk lebih peka dengan pemberian susu badan terhadap bayi kita.


Panjang siot entri kali ni. Balas dendam sebab lama tak menulis. Hahahah.. Apa pun, niat di hati memang sebab nak tolong ibu bapa yang baru sambut newborn baby dan memang beriltizam dengan tekadnya untuk bagi susu badan pada bayi mereka. Sama-sama kita berusaha ok! Nak p tgk baby Marissa plk, nangis dah tu. A’kum J

Sunday 27 September 2015

TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS (SPEAKING)

Fuhh.. Dah lama tak update blog. Masalah pengurusan masa ni.. Haha.. I'Allah start sekarang kena fokus pada pengurusan masa yang betul. Ok, berbalik pada tajuk entry kali ni, "Tips Belajar Bahasa Inggeris (Speaking)."

Beberapa minggu yang lepas saya berkesempatan untuk kali yang ke tiga pada tahun ini menjadi Pentaksir untuk MUET Speaking. Secara keseluruhannya calon yang diuji terdiri daripada pelajar Ijazah daripada sebuah universiti awam yang agak terkenal dan majoriti daripada mereka berbangsa sama seperti saya iaitu Melayu.

Secara ringkas, saya dapati banyak lagi ruang-ruang yang perlu kita perbaiki sebagai seorang mahasiswa yang sedang melakukan Ijazah bagi kursus yang agak terkenal dan berat. Harapan saya melebihi dapatan pada hari-hari peperiksaan MUET itu berlangsung.

Mungkin mereka boleh mendapat keputusan MUET yang baik memandangkan ianya terbahagi kepada 4 komponen iaitu Writing, Reading, Speaking dan Listening. Tetapi, sekiranya kita ingin bersaing dan berjaya dalam arus kerjaya pada masa kini, kemahiran Speaking amat diperlukan.

Speaking memerlukan kita untuk sentiasa bersedia memberi maklum balas dalam masa yang singkat, menggunakan aras dan laras bahasa yang tepat, disokong dengan intonasi yang baik serta ditambah dengan bahasa badan yang sesuai. Ini yang menjadikannya sukar untuk dilakukan.


Berikut saya berikan beberapa tips yang dilihat dapat membantu kita untuk meningkatkan kemahiran Speaking:

  1. Mulakan Speaking dalam kehidupan harian.
  • Amalkan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika kita di rumah, bersama rakan, bercakap di telefon, order menu makanan, tempah tiket wayang dan semuanyalah. Jangan kisah psl Grammar, dapatkan fluency atau kelancaran terlebih dahulu. 
  • Persetankan kawan-kawan yang mengajuk kita kerana selalu berbahasa Inggeris. Selalunya kawan-kawan macam ni dorang jeles dengan kita. Ingat tu. Sebaiknya ajak mereka sekali (kalau boleh la,, :) Accuracy will comes after Fluency.

    2.  Banyakkan membaca bahan bacaan English/Melayu

  • Membaca merupakan benda yang paling susah kita nak buat kan. Tapi no pain no gain. Kalau kita nak hebat, usaha kita pun kena hebat dari orang lain dan kalau kita nak jadi sama macam orang lain, jadi je la sama macam dorang, tak susah pun nak buat kan.. :) 
  • Ok, kenapa kena baca bahan bacaan English? Sebab dari situ kita akan dapat tahu all the rules ataupun Grammar yang sepatutnya kita guna. Tapi diingatkan sekali lagi, jangan terlampau fokus pada Grammar sampai hilang motivasi bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selain tu, kita boleh tahu perkataan baru yang kita boleh gunakan untuk menggantikan perkataan biasa yang selalu kita guna. Contoh; BEAUTIFUL vs ALLURING. 
  • Apa relevan pulak baca bahan Bahasa Melayu? Kan kita nak belajar English. Ok, sebabnya kita nak dapatkan INPUT untuk percakapan kita nanti. Jangan jadi macam tin kosong bila bercakap, bila dengar dari jauh bukan makin hebat, bila datang dekat, dengar betul-betul, apa pun tak boleh..  :p
     3.  Bahasa badan
  • Part ni yang ramai agak lemah. Penyampaian ada isi, teknikal bahasa tepat tetapi tak ada keyakinan. Tak ada support system yang kuat untuk nak bagi orang keliling kita bagi perhatian pada kita. Bila bercakap make sure mata kita memandang pada rakan kita. Dada dalam keadaan yang tegak dan tunjukkan riak muka yang menyakinkan.
  • Ini bagi memastikan orang yang mendengar mempunyai keyakinan untuk terus mendengar apa yang kita perkatakan.
     4. Intonasi
  • Apa penting kita menggunakan intonasi yang sesuai? Ini bagi memastikan pendengar terus tertarik untuk bersama kita, membantu mereka untuk membezakan yang mana point penting dan yang mana huraian, mengelakkan pendengar berasa bosan dan hilang tumpuan kepada perkara-perkara lain yang sedang berlaku di sekeliling kita. Selalunya, hanya dengan menggunakan intonasi yang sesuai kita telah dapat membantu pendengar kita untuk mengenalpasti pendirian kita tentang sesuatu isu yang dibincangkan. 


Ingat, semakin banyak kita membantu pendengar untuk memahami penyampaian kita, semakin lama tumpuan mereka kepada kita. Dan bahasa badan kita juga sudah tentu menjadi faktor tambahan. Yang paling penting, isi kepada percakapan kita, jadi betul la apa yang dikatakan; Membaca Jambatan Ilmu. Itulah yang paling susah kita nak buat. P/S: Saya pun sama. :) 

So, Good Luck dan selamat mem'practise'!! :)


Wednesday 11 March 2015

MENGESAN SANTAU DALAM BADAN



Amalkan zikir ini di waktu pagi dan petang, jadikan kebiasaan. InshaAllah berkesan untuk menjaga diri dan keluarga kita.


SANTAU BOLEH DIKESAN. Saya dapati ada beberapa cara untuk mengenali diri atau siapa saja terkena santau. Dengan cara mengesan kehadiran santau yang tak diundang ini dalam badan, saya kongsikan salah satunya di sini dengan menggunakan buah limau nipis. Ramuan santau termasuk jin yang ada bersamanya sangat sensitif dengan buah limau nipis.
KAEDAH YANG SIMPLE DAN PRAKTIKAL. Dalam proses menguji diri samada terkena sihir atau sebaliknya, pesakit boleh mencuba cara ini yang ringkas dan amat berkesan. Kaedah ini boleh dilakukan sendiri atau dibantu oleh orang lain kepada pesakit. Bila ia dapat dikesan dari awal, inshaaAllah proses rawatannya dapat dilakukan segera. Jika terlewat maka rawatan menjadi lebih rumit kerana kesannya telah tersebar ke seluruh tubuh.
GUNAKAN TITISAN AIR LIMAU NIPIS. Kaedahnya begini… Ambil sebiji limau nipis, belah dan kemudian perahkan sedikit air limau tersebut beberapa titik ke dalam mulut sebelum tidur pada waktu malam. Disyorkan ia dilakukan bila diri rasa tak tenteram, rasa tak sedap badan, berdepan dengan rasa sakit yang pelik atau sebagai langkah berjaga-jaga. InshaaAllah bila cara yang ringkas dan praktikal ini dilakukan, pesakit dapat rasakan sesuatu yang luar dari biasa jika anda diserang santau. Tindakbalas yang berlaku menunjukkan kehadiran santau dalam tubuh.
TINDAKBALAS MENUNJUKKAN IANYA POSITIF. Antara tindakbalas selepas mencuba kaedah ini, mereka yang terkena santau akan mengalami sesah nafas, sakit dada, bermimpi sesuatu yang menakutkan, tidak dapat tidur malam dan tersedar atau terkejut dari tidur. Bila tanda-tanda ini berlaku ia menunjukkan kemungkinan diserang santau adalah tinggi. Sebaliknya jika melalui kaedah ini tidak ada kesan-kesan sepertimana yang disebutkan tersebut, ia menunjukkan penyakait yang di alami tidak ads kaitannya dengan santau, mungkin penyakit lain. Perlu dapatkan rawatan atau bertemu dengan pengamal perubatan islam atau ustaz yang mampu merawat santau.
RUJUK PAKAR DAN MEREKA YANG BERPENGALAMAN. Walau demikian, kaedah ini hanyalah satu usaha ringkas mengesan samada pesakit diserang santau atau sebaliknya. Sebaiknya bawa pesakit bertemu mereka yang lebih pakar dan berpengalaman untuk mengesan dan mendapatkan nasihat serta rawatan jika perlu. Untuk pengetahuan, tak semua perawat melibatkan diri secara khusus dalam rawatan santau. Pastikan bertemu dan merujuk kepada mereka yang betul-betul pakar agar rawatan boleh dilakukan jika didapati postif. Kesilapan rawatan atau kelewatan menjalankan rawatan penyembuhan boleh menyebabkan kesan kepada pesakit lebih parah. Moga perkongsian ini memberi banyak manafaat. Wallahua’lam.
Tips ini diambil sepenuhnya daripada Tuan Zainal Rashid. Terima kasih kepada beliau.