Tuesday 17 February 2015

Mana bahaya? Minyak penuh atau minyak sikit?

Post ni saya tulis lepas dapat satu mesej Whatsapp daripada kawan-kawan sambil dengar lagu dari Leon; "Saling Merindu". Jiwang sehh.. Kata kawan saya, hati-hati ketika musim panas ni, jangan isi minyak kereta sampai penuh kerana bimbang kereta tersebut akan mudah meletup sekiranya berlaku kemalangan. Faktor cuaca yang panas dan minyak yang banyak menyumbang kepada letupan tersebut.

http://omakkau.blogspot.com/2015/02/kereta-ferrari-terbakar-hangus-di.html


Ermm.. Sel-sel otak saya terus berhubung dan menjana kembali memori tentang satu rancangan TV yang saya pernah tonton sebelum ni. Rancangan tersebut direka untuk menguji teori-teori yang kita biasa dengar tetapi sebenarnya salah. Antaranya termasuklah teori minyak tadi tu.



Ok, dalam 'Real Eksperimen' yang dorang jalankan, ada 3 buah kereta. Setiap kereta diisi dengan tahap petrol yang berbeza iaitu yang pertama, penuh. Yang kedua, separuh. Dan yang ketiga, hanya sedikit cukup untuk menghidupkan kereta tersebut. Dan ketiga-tiga kereta ini akan diletupkan dengan menggunakan cara yang sama. Keputusan yang majoriti harapkan adalah kereta yang mempunyai petrol terbanyak akan menunjukkan letupan terkuat kan.



Selepas ketiga-tiga kereta itu diletupkan satu demi satu, keputusan yang sebenar adalah; kereta yang mempunyai petrol paling sedikit menghasilkan letupan terbesar diikuti dengan petrol paras sederhana dan petrol penuh. Perkara ni terjadi kerana letupan yang sempurna memerlukan campuran udara yang secukupnya dan sedikit ruang untuk molekul berkembang dengan kadar yang pantas. 



Jadi, sahabat-sahabat sekalian jangan selalu membiarkan tangki kereta kita terlampau kosong kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini ini akan berlaku. And of courselah faktor kereta terbakar ni pun bukan 100% sebab minyak ok, byk faktor tambahan lain seperti kemalangan ataupun masalah enjin. Gambar ferrari tu sekadar hiasan. Adios..

4 comments:

  1. Ohh... petrol sedikit akan membuat letupan besar... baru tahu nih.... tq ya admin...

    http://supernifzvitamin.com/cara-hilangkan-parut-chicken-pox-yang-hodoh/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sebab singgah di blog saya.. Yup, sama-sama kita kongsi ilmu baru ok.. :)

      Delete
  2. Macam-macam teori dikemukakan tetapi kadang-kala masalah-masalah lain juga berkait rapat seperti yang admin kata mungkin masalah enjin juga tetapi kalau kereta baru yang terbakar, macam mana pula tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula puan, kdg2 kita tengok kereta yang harga juta-juta pn yang baru still boleh terbakar tanpa sebab. Kadang-kadang kecuaian kita juga, mungkin ketika kereta tersebut masih dalam production dan bermasalah ketika QC, tetapi masih dikeluarkan daripada kilang untuk dijual kepada pembeli. InshaAllah kalau setiap org menjalankan peranan masing-masing masalah seperti ini akan dapat dikurangkan.. :)

      Delete