Wednesday 11 March 2015

MENGESAN SANTAU DALAM BADAN



Amalkan zikir ini di waktu pagi dan petang, jadikan kebiasaan. InshaAllah berkesan untuk menjaga diri dan keluarga kita.


SANTAU BOLEH DIKESAN. Saya dapati ada beberapa cara untuk mengenali diri atau siapa saja terkena santau. Dengan cara mengesan kehadiran santau yang tak diundang ini dalam badan, saya kongsikan salah satunya di sini dengan menggunakan buah limau nipis. Ramuan santau termasuk jin yang ada bersamanya sangat sensitif dengan buah limau nipis.
KAEDAH YANG SIMPLE DAN PRAKTIKAL. Dalam proses menguji diri samada terkena sihir atau sebaliknya, pesakit boleh mencuba cara ini yang ringkas dan amat berkesan. Kaedah ini boleh dilakukan sendiri atau dibantu oleh orang lain kepada pesakit. Bila ia dapat dikesan dari awal, inshaaAllah proses rawatannya dapat dilakukan segera. Jika terlewat maka rawatan menjadi lebih rumit kerana kesannya telah tersebar ke seluruh tubuh.
GUNAKAN TITISAN AIR LIMAU NIPIS. Kaedahnya begini… Ambil sebiji limau nipis, belah dan kemudian perahkan sedikit air limau tersebut beberapa titik ke dalam mulut sebelum tidur pada waktu malam. Disyorkan ia dilakukan bila diri rasa tak tenteram, rasa tak sedap badan, berdepan dengan rasa sakit yang pelik atau sebagai langkah berjaga-jaga. InshaaAllah bila cara yang ringkas dan praktikal ini dilakukan, pesakit dapat rasakan sesuatu yang luar dari biasa jika anda diserang santau. Tindakbalas yang berlaku menunjukkan kehadiran santau dalam tubuh.
TINDAKBALAS MENUNJUKKAN IANYA POSITIF. Antara tindakbalas selepas mencuba kaedah ini, mereka yang terkena santau akan mengalami sesah nafas, sakit dada, bermimpi sesuatu yang menakutkan, tidak dapat tidur malam dan tersedar atau terkejut dari tidur. Bila tanda-tanda ini berlaku ia menunjukkan kemungkinan diserang santau adalah tinggi. Sebaliknya jika melalui kaedah ini tidak ada kesan-kesan sepertimana yang disebutkan tersebut, ia menunjukkan penyakait yang di alami tidak ads kaitannya dengan santau, mungkin penyakit lain. Perlu dapatkan rawatan atau bertemu dengan pengamal perubatan islam atau ustaz yang mampu merawat santau.
RUJUK PAKAR DAN MEREKA YANG BERPENGALAMAN. Walau demikian, kaedah ini hanyalah satu usaha ringkas mengesan samada pesakit diserang santau atau sebaliknya. Sebaiknya bawa pesakit bertemu mereka yang lebih pakar dan berpengalaman untuk mengesan dan mendapatkan nasihat serta rawatan jika perlu. Untuk pengetahuan, tak semua perawat melibatkan diri secara khusus dalam rawatan santau. Pastikan bertemu dan merujuk kepada mereka yang betul-betul pakar agar rawatan boleh dilakukan jika didapati postif. Kesilapan rawatan atau kelewatan menjalankan rawatan penyembuhan boleh menyebabkan kesan kepada pesakit lebih parah. Moga perkongsian ini memberi banyak manafaat. Wallahua’lam.
Tips ini diambil sepenuhnya daripada Tuan Zainal Rashid. Terima kasih kepada beliau. 

Monday 9 March 2015

Doa Dhuha

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi ini pagi ini. Bersyukur kan, sebab semalam sebelum tidur kita dapat lihat wajah-wajah insan tersayang di sebelah kita mahupun mendengar suara mereka yang kita rindui jauh di mata namun bercinta di hati. Lepas tu, bila mata terbuka pagi ni pun wajah-wajah kesayangan masih dapat kita tatap dengan penuh kasih sayang dan cium bau mereka.

Bersyukur atas nikmatNya. 

Mudahan hari ini akan lebih baik dari semalam dan esok akan lebih hebat dari hari ini. Jom sama-sama kita amalkan solat sunat Dhuha, InshaAllah akan dipermudahkan rezeki kita pada yang berusaha. Saya ada kongsikan video doa Dhuha yang mashaAllah sangat sedap.. Sama-sama kita! :)


Sunday 8 March 2015

Ibu

Dah lama tak menulis. Terlampau sibuk dengan urusan pekerjaan, keluarga, kesihatan anak. Dunia-dunia. Moga kesibukan ini tidak akan melalaikan kita untuk berfikir sejenak tentang apa yg akan kita bawa untuk ke sana. Destinasi yang abadi dan kekal selamanya.

Terfikir sejenak, tatkala di sana nanti, bagaimanakah kehidupan kita. Adakah terpisah jauh dari ibu, ayah, anak dan isteri..? Ataupun gembira di sana sambil ditemani seluruh ahli keluarga kita. Ketika di dunia ini, berjauhan hanya seminggu dua bersama keluarga sudah cukup melebatkan rasa rindu, bagaimana kalau di sana yang abadi kita tidak dapat bersama dengan ahli keluarga kita, terutamanya ibu bapa kita.. Persoalan yang tiba-tiba saja menerjah masuk ke dalam otak saya.. 

Cukupkah amalan diri ini sekiranya mahu meminta padaNya supaya seluruh ahli keluarga dapat tinggal bersama di dalam JannahNya yang indah itu..? AllahuAkbar... Terus rasa rindu pada kedua ibu bapaku menusuk di kalbu. Rindu, ya terlalu rindu pada mereka. Moga Allah panjangkan umur mereka agar aku dapat selalu bersama mereka di dunia ini dan juga tetapkanlah tempat kami sekeluarga di JannahMu yang dinanti. InshaAllah. 

Sama-sama kita tonton video yang pada saya mampu mencuit sedikit rasa di hati supaya kita menghargai ibu bapa kita, terutamanya ibu..